Ahad, 19 Ogos 2012

                         MAJLIS SUMBANGAN MAWADDAH DI AMBANG SYAWAL...
                    "SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN"

Alhamdulillah...dengan keizinan Allah dan berkat sumbangan semua pihak khususnya para dermawan...Mawaddah Resort, Chalet and Training Village telah berjaya menganjurkan program sumbangan untuk 130 orang anak yatim dan 50 buah keluarga fakir miskin tiga hari sebelum Syawal tahun ini 2012. Semoga sumbangan daripada semua pihak khususnya para dermawan ini diterima Allah s.w.t. dan menjadi bekalan ke alam barzakh dan yaumul mahsyar...Insya-Allah...

Majlis dimulakan seawal 6.30 petang Khamis dipimpin oleh Penasihat Syariah Mawaddah Resort, Chalet and Training Village, Al Fadhil Ustaz Toreq Zainordin dengan kehadiran lebih kurang 300 orang tetamu. Bermula dengan majlis tahlil, berbuka puasa, Solat Maghrib berjemaah, jamuan makan malam, Solat Isya' berjemaah, Solat Hajat, Solat Terawikh, Tazkirah Multimedia dan Majlis Sumbangan Untuk Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin...

Semoga Allah s.w.t. meredhai usaha kecil ini dan membantu memberikan kekuatan kepada warga Mawaddah Resort, Chalet and Training Village menganjurkan program ini dengan lebih kerap...
Insya-Allah...